Jawapan Anne Ngasri kenapa pilih Mohd. Sumali Reduan dan bukannya Aliff Aziz


Berita pertunangan Anne Ngasri dan Mohd. Sumali Reduan baru-baru ini nyata mengejutkan ramai peminat Anne Ngasri kerana memilih seorang duda beranak dua. Sebelum ini, Anne Ngasri pernah dikatakan begitu hangat bercinta dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz tetapi putus sejak dua bulan lepas. Korang boleh ikuti jawapan Anne Ngasri berkenaan isu mengejut ini.
Kosmo: Boleh Anne jelaskan kenapa tiba-tiba ambil keputusan untuk bertunang?

ANNE: Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kerana kini saya telah pun bergelar tunangan orang. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan, cuma tarikh yang masih belum ditentukan lagi. Bagi saya ini bukan merupakan satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba kerana selama ini saya memang sudah bersedia untuk berkahwin. Lagipun sejak putus cinta baru-baru ini saya tidak pernah menutup hati saya dengan mana-mana lelaki.

Kosmo:
Adakah anda sedar dengan keputusan untuk bertunang kebanyakan peminat akan menyangka anda yang sebenarnya menjadi punca ketika putus cinta dengan Aliff?

ANNE: Saya sedar perkara sebegitu pastinya akan timbul, namun saya meminta supaya peminat tidak salah sangka kerana apa yang berlaku itu hanya kami yang tahu. Selama ini saya enggan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

Kosmo: Siapakah lelaki bertuah yang telah berjaya menambat hati anda?

ANNE: Tunang saya itu merupakan duda berusia 40 tahun dan memiliki seorang anak serta ahli perniagaan yang aktif dalam politik. Selebihnya, biarlah media mengetahui cerita tentang tunang saya selepas kami berkahwin pada bulan hadapan.

Kosmo: Sejak bila anda mengenalinya?

ANNE: Sebenarnya kami sudah berkawan selama setahun, namun hubungan kami sekadar kawan biasa kerana dia juga merupakan kawan kepada Darling (kakak). Kira-kira sebulan yang lalu, baru kami rapat dan saya anggap kehadirannya dalam hidup saya tepat pada masanya. Selain itu saya melihat ada keserasian yang terjalin sepanjang kami berkawan rapat.

Kosmo: Bagaimana pula penerimaan keluarga terhadap pilihan anda dan keputusan untuk berkahwin buat kali kedua?

ANNE: Saya berasa sangat beruntung dan bertuah kerana ahli keluarga sangat merestui hubungan kami. Dia ikhlas menerima diri saya seadanya dan hubungannya dengan ketiga-tiga anak saya juga agak rapat.

Kosmo: Adakah dia tahu tentang peristiwa yang melanda diri anda sebelum ini?

ANNE: Sudah tentu dia tahu dan seperti yang saya katakan tadi dia memang ikhlas untuk memperisterikan saya serta tidak kisah dengan apa yang telah berlaku. Dia juga banyak memberikan sokongan kepada saya.

Kosmo: Apakah perancangan anda selepas mendirikan rumah tangga nanti?

ANNE: Setakat ini saya belum memikirkan sebarang perancangan lagi kerana mahu memberi tumpuan terlebih dahulu kepada persiapan perkahwinan.

0 Response to "Jawapan Anne Ngasri kenapa pilih Mohd. Sumali Reduan dan bukannya Aliff Aziz "

Catat Ulasan

dzulCYBER